Thursday 2 February 2012

Kisah AmeKaw !!


Hello para peminat Amekaw !! Amekaw sekarang dah ada 'BLOG' sendiri . Jadi sebarang update mengenai Amekaw boleh lah check dalam Blog ni. 


Mungkin ada yang dah tahu apa itu Amekaw. Tatapi bagi siapa yang tak tahu lagi, sini kami nak bagitahu apa itu AmeKAw !


Amekaw sebenarnya merupakan sebuah program Gameshow yang pada awalnya hanyalah  sebuah segmen 10 minit dalam rancangan "BANG BANG BOOM" untuk musim 6,7 & 8 . Idea asal Amekaw ini telah dicetuskan oleh penerbit BangBangBoom yang juga merupakan penerbit bagi Amekaw musim 1 iaitu Tengku Muhammad Ismail .

Selama Amekaw bersiaran dalam " BangBangBoom " ,pihak produksi melihat segmen Amekaw berpotensi besar untuk menjadi sebuah program yang berdiri diatas nama sendiri iaitu AMEKAW ! maka dari itu , terhasil lah sebuah rancangan Amekaw yang bersiaran selama 30 minit.


Amekaw Musim I


Rancangan Amekaw telah memilih latar belakang seperti padang, kolam ,tali air serta sawah padi sebagai lokasi pengambaran .
jadi bila sebut tentang tempat-tempat macam ni,sudah pastilah lokasi pengambaran dijalankan di kawasan luar bandar.

Penglibatan dari penduduk kampung memainkan peranan penting dalam menjayakan pengambaran .kalau tak ada mereka , tak ada peserta lah jawabnyerrr... 

Melalui program ni juga lah orang awam , masyarakat umum dapat mengambil peluang menunjukkan kehebatan mereka serta menjadi tontonan umum.

Boleh popular giiituuu..... 

Dalam rancangan Amekaw musim Pertama , Amekaw telah menampilkan 2 orang pengacara iaitu Amat (Reezman Isa) dan Azahari (Azahari Ali) yang juga merupakan pengacara rancangan Bang Bang Boom . dengan telatah dan gelagat mereka , penonton pasti akan terhibur .




      


Hah !  yang lagi best,  Amekaw pada musim pertama telah berjaya mencatatkan rating tertinggi sebanyak 
2 juta penonton... 


Terima Kasih banyak-banyak diucapkan kepada mereka yang menjadi penonton setia Amekaw.....

Tahniah...Tahniah..korang dah tergolong dalam 2 juta orang tu...
Korang jangan tak tahu, Amekaw ini merupakan satu-satunya program gameshow yang di beri perhatian di dalam rangkaian TV3.




ORANG-ORANG KUAT DISEBALIK AMEKAW MUSIM I !!





Tengku Muhammad Ismail
(Producer)

Hakim Zin
(Asst.Producer)


Sahrulazhar Tukimin
(Asst.Producer)



Azeem Rosili
(Production . Asst)



Sofia Ranchong
(Production Asst.)



Alifah Zaman Huri
(Production Asst.)


Rahimi Zailanni
(Editor)
Sepanjang pengambaran Amekaw dijalankan , kerjasama yang telah diberikan oleh penduduk kampung sangat lah produksi Amekaw hargai. dengan semangat yang berikan berjaya menyelesaikan 13 episod Amekaw untuk musim I.


HAaa... jom tengok antara aksi penduduk kampung dan para peserta Amekaw !!



















                                                    Terima Kasih 


Setinggi-tinggi penghargaan  kepada mereka yang telah memberikan sumbangan kepada   Amekaw musim I.





Penginapan di Permaisuri Resort

Mesin Cantas 


Beras dari bernas 





The Making of Amekaw Musim I 




P/s : Nak kerja kena enjoy ... ;) jangan stress2 !! 
( WELL ENJOY THE VIDEO YA ! )
PEACE !!